Malaysia bakal memiliki pusat kecemerlangan robotik.

CYBERJAYA 6 DIS. – Malaysia bakal mempunyai pusat kecemerlangan robotik di sini melalui usaha strategik antara Advance Technologies Innovative Alliance Sdn. Bhd. (ATIA) dengan syarikat tempatan dan Korea Selatan.

Selangor, pusat robotik pertama Malaysia.

Advance Technologies Innovative Alliance Sdn. Bhd. (ATIA) menandatangani memorandum persefahaman dengan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), Persatuan Robotik dan Automasi Malaysia (MyRAS) dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) sebagai tanda kerjasama dan bermulanya usaha mewujudkan Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence) – ATIA Robotik di Cyberjaya Selangor.